Sejarah ekonomi Empayar_Uthmaniyah

Kerajaan Uthmaniyyah meneruskan polisi pembangunan Bursa, Edirne (Adrianople) dan Istanbul, yang kesemuanya merupakan ibu negara Uthmaniyyah, untuk menjadikan bandar-bandar ini pusat komersial dan industri, dengan mengajak pedagang-pedagang untuk mencipta satu metropolis baru. [9] Mehmed dan penggantinya Bayezid, juga menggalakkan dan menerima migrasi puak-puak Yahudi daripada pelbagai bahagian Eropah, yang tinggal di Istanbul dan bandar-bandar pelabuhan yang lain seperti Salonica. Minda ekonomi Uthmaniyyah adalah berasaskan konsep asas negara dan masyarakat di Timur Tengah yang mana matlamat utama sebuah negara adalah untuk memperkembangkan lagi kekuasaan pemerintah dan salah satu cara untuk mencapainya adalah dengan mendapatkan sumber kekayaan dengan menjadikan kelas produktif berkembang. [10] Matlamat paling penting adalah untuk meningkatkan pendapatan negara sebanyak yang mungkin tanpa merosakkan kemakmuran rakyat bagi menghalang kekacauan masyarakat dan memastikan konsep tradisional masyarakat terpelihara.

Organisasi Jabatan Perbendaharaan berkembang di bawah Empayar Uthmaniyyah berbanding kerajaan-kerajaan Islam lain dan sehingga kurun ke-17, Empayar Uthmaniyyah ialah organisasi peneraju berbanding yang lain.[11] Organisasi ini menghasilkan satu kumpulan masyarakat yang baru, yang mana ulama yang terlatih menghasilkan badan profesional kewangan.[11]

Rujukan

WikiPedia: Empayar_Uthmaniyah http://concise.britannica.com/ebc/article-9368294/... http://ottomanfoothill.googlepages.com http://twitter.com/OttomanArchive http://jwsr.ucr.edu/archive/vol12/number2/pdf/jwsr... http://www.wsu.edu:8080/~dee/OTTOMAN/OTTOMAN1.HTM http://www.turizm.net/turkey/history/ottoman.html //ms.wikibooks.org/wiki/Special:Search/Ottoman_Emp... //commons.wikimedia.org/wiki/Special:Search/Ottoma... //ms.wikinews.org/wiki/Special:Search/Ottoman_Empi... //ms.wikiquote.org/wiki/Special:Search/Ottoman_Emp...